fbpx

Lan Zailan meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lan Zailan

KUALA LUMPUR – Pelakon Lan Zailan meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi tadi akibat penyakit kanser pankreas.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya, Ruby Sara Omar, 51.

Difahamkan kanser yang dihidapinya telah merebak ke paru-paru sebelah kirinya dan juga hati, bahkan doktor menganggarkan jangka hayatnya hanya bertahan selama tiga bulan sejak dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 27 November lalu.

Allahyarham dibenarkan pulang pada Sabtu lalu sebelum kembali dimasukkan ke hospital sehari selepas itu kerana keadaan yang kurang stabil.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al- Salam Puchong Perdana, Selangor sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

Sebelum ini, Lan atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin, 66, dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas keadaannya tidak berubah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik sejak Oktober lalu.

Allahyarham kemudian yang didiagnos kanser pankreas tahap 4 pada November lalu.

Lan yang bermula sebagai dramatis sekitar 1990-an pernah berlakon dalam ratusan naskhah termasuk Santan Berlada, Rumah Kedai, Gerak Khas, Tanah Kubur dan Metro Skuad, selain turut muncul di layar perak seperti filem Suami, Isteri dan …?. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI