fbpx

[VIDEO] Dua penuntut UiTM parah langgar kereta membelok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

SHAH ALAM – Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) parah selepas motosikal ditunggangi mereka melanggar sebuah kereta yang sedang membelok di simpang tiga Persiaran Permai – Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi itu mengakibatkan kedua-dua mangsa parah di kepala dan patah kaki.

Kemalangan itu tular menerusi video berdurasi 34 saat dengan kedua-dua mangsa yang cedera tertiarap di atas jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 53 tahun dari arah Persiaran Permai hendak membelok kanan ke Jalan Plumbum.

“Kedua-dua penuntut menaiki motosikal jenis Modenas RS200 yang bergerak lurus di Persiaran Permai telah terlanggar bahagian hadapan kereta tersebut.

“Kedua-dua penuntut itu yang cedera di kepala dan patah kaki kini dirawat di Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, Ramsay meminta mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI