fbpx

Suami tembak isteri jalin hubungan dengan tomboi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anak lelaki Boonlai menangis kerana kematian ibunya. - Foto Channel 8

BANGKOK – Seorang suami menembak mati isterinya di hadapan anak lelaki mereka di sebuah rumah di Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Suspek bertindak demikian selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita tomboi.

Polis menahan suspek berusia 49 tahun dikenali sebagai Boonlai di daerah Nikhom Kham Soi di Mukdahan semalam. Dia disyaki membunuh isterinya, Phitchaya, 49, yang dipercayai bermotifkan cemburu. 

Pembunuhan itu berlaku di rumah kekasih Phitchaya yang dikenali sebagai Maneerat di wilayah Roi Et.

Suspek memberitahu polis bahawa dia pergi ke rumah Maneerat bersama anaknya untuk menemui Phitchaya selepas mangsa tidak pulang ke rumah setelah menonton konsert. 

Lelaki itu kemudian bertanya kepada mangsa secara bersemuka sama ada dia mahu pulang bersama, tetapi pelawaan itu ditolak. 

Suspek berkata, dia tidak dapat menahan diri lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa sebanyak dua kali di kepala dari jarak dekat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI