fbpx

Rakyat Malaysia dicekup polis Thai, aset RM1.7 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menyerbu syarikat Fox Ekkamai Company Limited di Bangkok semalam. - Foto Khaosod

BANGKOK — Polis menangkap seorang lelaki warganegara Malaysia berketurunan Cina di samping isterinya serta merampas aset milik mereka yang bernilai kira-kira 13.3 juta baht (RM1.7 juta) di Bangkok, lapor laman berita Khaosod semalam.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Hao dan isterinya yang merupakan rakyat Thailand dikenali sebagai Patama.

Barangan dirampas termasuk wang tunai berjumlah 4 juta baht (RM522,00), barangan kemas, jam tangan mewah termasuk Patek Philippe bernilai 2 juta baht (RM261,000) dan Rolex GMT Root Beer bernilai 600,000 baht (RM78,000), 16 beg tangan berjenama, minuman keras import dan sebuah kenderaan Toyota Alphard.

Dia ditahan dalam operasi anti pengubahan wang haram di negara itu.

Polis Siber Thai mengsan satu skim terancang yang melibatkan Hao dan isterinya dalam penubuhan syarikat palsu bagi pengubahan wang haram hasil perjudian online.

Operasi yang dijalankan semalam itu melibatkan serbuan di lima lokasi di empat wilayah iaitu Bangkok, Nonthaburi, Samut Prakan dan Ayutthaya. 

Menurut penyiasat, pasangan itu tinggal bersama selama tiga tahun dan menjalankan pelbagai perniagaan termasuk kedai arak di Ekkamai dan kolam memancing udang di Ramkhamhaeng. Ia menjadi medan untuk aktiviti pengubahan wang haram mereka.

Pemangku Komander Biro Siasatan Jenayah Siber, Leftenan Jeneral Polis Trairong Phiwphan menyatakan bahawa terdapat trend membimbangkan, di mana warga asing berkahwin dengan rakyat Thailand untuk mendapatkan hak pemilikan perniagaan yang sah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI