fbpx

12 pelajar universiti diberkas, belasah rakan dalam kolej kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 12 pelajar universiti yang dibawa untuk direman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 12 pelajar sebuah universiti awam di Kuala Nerus diberkas bagi membantu siasatan membelasah rakan sekampus mereka pada Sabtu lalu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan kesemua suspek di dalam kolej kediaman pelajar universiti tersebut antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi hari berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, mangsa telah menghubungi ibunya yang ketika itu berada di rumah di Taman Sri Duyong, Melaka untuk mengadu perkara tersebut pada pukul 10.50 malam hari sama.

“Mangsa turut menghantar beberapa keping gambar bagi menunjukkan kecederaan dialami kepada ibunya.

“Ibu mangsa seterusnya pergi ke kampus universiti pada esok sebelum membawa anaknya mendapatkan rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Wan Mohd. Zaki berkata, wanita tersebut seterusnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar lelaki tersebut lembam dan mengalami kecederaan dalaman pada bahagian lengan, pinggang, dada, perut dan kaki kanan.

“Kecederaan itu dipercayai disebabkan pukulan daripada objek tumpul. Sehubungan itu, seramai 12 pelajar universiti terbabit telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Pelajar universiti dinasihatkan menghindari perbuatan jenayah yang boleh merosakkan masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI