PERTANDINGAN Famili Duo musim empat (FD4) sudah pun berakhir tetapi masih ada suara-suara nakal mengenai juri tetap program itu, Mas Idayu hangat diperkatakan.
Menerusi video persembahan selingan pada malam kemuncak hujung minggu lalu yang dimuat naik dalam laman sosial, ramai mempersoalkan kredibiliti penyanyi dangdut itu.
Dalam ruangan komen, netizen mendakwa Mas Idayu hanya menggerakkan bibir atau miming, bukannya menyanyikan lagu baharunya yang berjudul Harum Mekar Di Hati secara langsung.
Bertubi-tubi kecaman ‘masuk’ kerana rata-rata berpendapat seorang penyanyi senior apatah lagi bergelar juri wajar menonjolkan kebolehan vokalnya.
Pada video berkenaan, selebriti yang membahasakan dirinya mummy itu didakwa sekadar menyanyi seadanya, seolah-olah menampakkan dirinya miming.
Tidak menunggu lama, Mas Idayu terus menangkis tuduhan tersebut dengan menegaskan dia bukan ‘miming’ sebaliknya belum menghafal lirik lagu itu sepenuhnya. Harap netizen puas hati dengan jawapan mummy.
Mizz Lahar: Dahulu ada grup guna suara penyanyi lain untuk rakam album.