fbpx

Penampakan UFO di seluruh AS tidak timbulkan ancaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampakan beberapa UFO misteri di langit negeri New Jersey pada 13 Disember lalu. - Paul Kanitra

WASHINGTON – Seorang pakar tentera mendedahkan bahawa penampakan sejumlah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilaporkan di timur laut Amerika Syarikat (AS) dipercayai berasal dari negara itu sendiri, lapor laman berita Fox News semalam. 

Penampakan dron-dron misteri itu berlaku di beberapa negeri termasuk New Jersey, Pennsylvania, New York, Connecticut, Ohio dan lain-lain dengan kebanyakkannya dikesan pada waktu malam. 

Presiden Kumpulan Ketahanan Strategik, William Dunn berkata: “Kebimbangan itu pasti. Saya percaya bahawa kerajaan mengetahui sumber UFO ini. Saya juga percaya ia berasal dari dalam AS terutamanya UFO bersaiz lebih besar.”

“Sangat sukar untuk menerbangkan pesawat sebesar kenderaan ke AS tanpa dikesan, jadi saya percaya UFO itu berasal dari dalam negara ini.

“Saya percaya mereka sedang mengawasi sesuatu sama ada senjata kimia, senjata biologi atau radiasi,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Joe Biden mengesahkan bahawa UFO misteri itu tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan rakyat dan negara. 

“Selepas pertimbangan, tiada unsur jahat. Terdapat banyak dron yang diberi kuasa dan kami akan menyiasat perkara ini dengan teliti. Setakat ini, tiada sebarang ancaman atau bahaya,” kata Biden kelmarin. 

Beberapa agensi kerajaan dalam satu kenyataan menambah: “Kami tidak mengenal pasti sebarang anomali atau aktiviti. Setelah meneliti data teknikal dan maklumat daripada warga prihatin, kami menilai bahawa penampakan setakat ini adalah termasuk gabungan dron komersial yang sah, dron biasa, dron penguatkuasa undang-undang serta pesawat, helikopter dan bintang yang dilaporkan sebagai UFO.”

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Pertahanan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI