fbpx

‘Abah pernah patah kaki, dia tak akan pergi jauh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslina menunjukkan gambar ayahnya, Mohd Mahat ketika ditemui pemberita di kediaman keluarganya di Batu 4, Kampung Air Melintang, Kota di Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. Foto NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

REMBAU – Anak kepada bekas tentera yang hilang dari kediamannya di Batu 4, Kampung Air Melintang, Kota di sini petang kelmarin yakin warga emas itu berada berdekatan dekat kawasan rumah dan tidak akan pergi terlalu jauh.

Roslina Mohd. Mahat, 39, berkata, ini berikutan keadaan fizikal ayahnya, Mohd Mahat Said, 78, yang pernah patah kaki kiri akibat kemalangan dua tahun lalu mungkin menyukarkan pergerakan selain perlu menggunakan kerusi roda.

“Abah (ayah) akan mengensot sahaja jika tidak menggunakan kerusi roda, sebab itu saya yakin abah tak akan pergi jauh dari rumah. Bagaimanapun, apa yang kami bimbangkan, sehingga ke hari ini, pencarian abah masih menemui jalan buntu tanpa sebarang kesan.

“Saya harap sangat abah akan segera ditemui kerana sudah masuk hari ketiga abah hilang. Mungkin abah dalam keadaan lemah tidak makan dan tidak minum,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mereka, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang warga emas hilang menggunakan khidmat empat ekor anjing pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI