fbpx

‘Isteri bukan binatang tetapi amanah yang diberi kepada suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suami perlu memastikan isteri diberi perlindungan dan didikan yang baik kerana mereka adalah amanah yang diberikan Allah.

Dalam satu ceramah baru-baru ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa isteri bukanlah seperti haiwan atau makhluk yang boleh diperlakukan sesuka hati, sebaliknya mereka adalah amanah yang sangat besar.

Menurutnya, suami mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga diri mereka dan keluarga, termasuk isteri, agar menjadi seorang yang soleh dan solehah.

“Isteri kita ni bukan binatang, bukan kucing anjing, mereka adalah amanah yang sangat besar. Tugas kita sebagai suami adalah memastikan mereka tidak masuk neraka,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan bahawa setiap suami adalah penjaga dan pemimpin di rumah tangga.

“Nabi mengatakan, setiap suami adalah pemimpin di rumahnya dan dia akan ditanya di padang mahsyar nanti tentang apa yang berlaku di dalam rumahnya, terutamanya mengenai isterinya,” katanya.

Selain itu, Ustaz Azhar Idrus turut mengungkapkan bahawa isteri adalah insan yang sangat mulia dalam kehidupan seorang lelaki selepas ibu.

“Isteri kita adalah manusia yang paling mulia dalam hidup kita, selepas ibu kita. Mereka adalah amanah Allah yang harus kita jaga dengan baik, kerana merekalah yang akan melahirkan zuriat kita,” ujarnya.

Pesan beliau jelas, bahawa tanggungjawab suami terhadap isteri bukan hanya dalam kehidupan dunia, tetapi juga di akhirat kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI