fbpx

18 tahun ditahan di Guantanamo, Farik Amin, Nazir Lep dibebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMED Nazir Lep (kiri) dan Mohammed Farik Amin ditahan di Teluk Guantanamo sejak 2006.

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) menyerahkan semula dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay di Cuba selepas ditahan sejak tahun 2006 di kem berkenaan.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

“Kerajaan Perpaduan atas prinsip hak asasi manusia dan dukungan keadilan sejagat telah menerima dua orang warga Malaysia iaitu Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang diserah oleh kerajaan Amerika Syarikat.

“KDN merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” katanya.

Katanya, kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan.

Jelasnya, ia bakal merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

Sebelum ini, kerajaan sedang mempercepatkan usaha membawa pulang dua warga Malaysia tersebut.

Perkara itu dibincangkan Saifuddin Nasution dalam pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow di New York, AS.

Mohammed Farik, 48 dan Mohammed Nazir, 47, ditahan di Thailand pada 2003 kerana mempunyai kaitan dengan insiden pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI