fbpx

Harimau Malaya perlu ambil kesempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya hanya ketinggalan dua mata di belakang Singapura dan perlu meraih kemenangan untuk layak ke kelompok empat terbaik. - FB FAM

KEKALAHAN dramatik Singapura kepada Thailand pada aksi Kumpulan A boleh dianggap sebagai ‘azimat’ buat Harimau Malaya dalam misi mara ke peringkat separuh akhir Piala Asean edisi 2024 kali ini.

Sebagai rekod, Singapura hampir meletakkan sebelah kaki ke pusingan separuh akhir selepas mendahului Thailand 2-0 sebelum skuad Gajah Perang itu melakar kebangkitan untuk menang 4-2 di Stadium Nasional Kallang, kelmarin.

Keputusan tersebut membuka ruang lebih besar buat Harimau Malaya yang kini hanya dibezakan dua mata berbanding Singapura dengan misi wajib menang ke atas seteru pada aksi terakhir Kumpulan A malam esok.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali berharap pasukan kendalian Pau Marti Vicente ini dapat memberikan tumpuan penuh di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti untuk meraih tiga mata penuh.

“Ini adalah perlawanan yang penting dengan Malaysia berada dalam keadaan tekanan. Namun, saya rasa banyak perkara yang luar biasa boleh berlaku apabila pasukan berada dalam keadaan terdesak.

“Apa yang pasti, saya harap pemain tidak terlalu tertekan pada aksi bertemu Singapura nanti dan perlu kekalkan disiplin. Mereka telah buktikan mampu beraksi dengan baik ketika menentang Thailand dan wajar diberikan pujian.

“Cuma, kali ini mereka perlu baiki kesilapan dan kelemahan kerana perlawanan derbi bukan mudah dan kita harapkan kehadiran penyokong untuk menaikkan semangat pasukan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI