fbpx

Jangan ceroboh kawasan tebing Sungai Kelantan runtuh – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu menceroboh garisan kuning yang dipasang di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium di Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kawasan larangan bagi menghalang orang ramai mendekati laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium, Pelangi Mall di sini yang runtuh kelmarin diperluaskan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata berkata, tindakan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan agar orang ramai tidak memasuki kawasan tersebut terutamanya untuk tujuan merakam gambar.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati, kawasan runtuhan itu berisiko dan membahayakan nyawa orang ramai.

Sementara itu, seorang warga emas, Lim Jan Ngoh, 79, mengakui bimbang sekiranya runtuhan tebing itu merebak ke kawasan kediamannya di kondominium Pelangi Mall kerana berada berdekatan dengan lokasi berbahaya tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan sedang merangka pelan tindakan pemulihan melibatkan kawasan runtuhan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI