fbpx

‘Busukkan’ nama, tiga rakan didakwa belasah lelaki sampai parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIGA-TIGA tertuduh diiringi polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Tiga rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang lelaki hingga parah menggunakan cota besi dan kayu snuker di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya pada 6 Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Daniel Ramlie Abdullah, Hirman Mohtar dan Norashikin Hasim, masing-masing berusia 24, 40 dan 48 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh bersama tiga lagi yang masih bebas telah mencapai niat mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 31 tahun dengan menggunakan cota besi dan kayu snuker iaitu alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3 pagi di sebuah pusat hiburan di Jalan Merdeka, Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah pada 6 Disember 2024 dan pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfar Mahmud mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan setiap seorang dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Peguam S. Daniel yang mewakili kesemua tertuduh kemudian merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak-anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan ketiga-tiga tertuduh dijamin RM10,000 seorang dan menetapkan tarikh 3 Februari depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki dan wanita berusia 36 dan 22 tahun menggunakan senjata serupa pada tarikh, waktu serta lokasi sama.

Majistret Khairunnisak Hassni memerintahkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000 seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI