fbpx

Lelaki tular heret kucing British Short Hair didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tular yang menunjukkan Kuan Pan mengheret kucingnya.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular mengheret kucing peliharaannya dengan cara menarik tali yang diikat pada leher kucing berkenaan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap Goh Kuan Pan, 43, selepas lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama dua bulan dan OKS membayar denda berkenaan.

Pada masa sama mahkamah turut memerintahkan kucing tersebut diletakkan di bawah jagaan selamat Jabatan Vaterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPV WPKL).

Mengikut pertuduhan, Kuan Pan didakwa dengan tidak wajar telah mengheret seekor kucing baka British Short Hair berwarna kelabu diatas lantai dengan menggunakan seutas tali berwarna merah jambu yang membenarkan penderitaan yang tidak perlu terhadap kucing tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di laluan koridor bangunan sebuah apartment di Jalan Klang Lama di sini antara pukul 11.17 malam hingga 11.42 malam pada 21 November lalu yang didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 44(1) Akta Binatang (pindaan) 2013.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPV WPKL Syed Hilfi Syed Ali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap OKS.

“OKS boleh mengangkat kucing tersebut jika ia tidak mahu berjalan. Pihak pendakwaan mohon untuk kucing dilucut hak kepada JPV sehingga berjumpa pemilik baharu yang sesuai menjaga kucing tersebut,” kata Syed Hilfi.

Bagaimanapun peguam Gabriel Susayan yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki melakukan penderaan terhadap seekor kucing di sebuah kediaman di Jalan Klang Lama, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya telah terkesan satu rakaman video tular, berdurasi sembilan saat, dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok.

Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali yang diikat di leher haiwan itu.

Rusdi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI