fbpx

Enggan terpalit isu, Rabbani tapis tawaran duta umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rabbani mengakui tidak terus menyambar sesuatu tawaran tanpa menyelidik latar belakang syarikat yang mengajukan pelawaan.

KUALA LUMPUR – Kerap dilantik agensi umrah sebagai duta, kumpulan Rabbani mengakui tidak terus menyambar sesuatu tawaran tanpa menyelidik latar belakang syarikat yang mengajukan pelawaan.

Wakil kumpulan nasyid kontemporari itu, Azadan Abdul Aziz berkata, mereka bukan cerewet, sebaliknya semakan dilakukan demi memastikan ketelusan sekali gus menjaga reputasi Rabbani.

“Alhamdulillah, masih banyak pihak menaruh kepercayaan terhadap Rabbani bersama-sama dalam rombongan ke Mekah mengerjakan umrah.

“Selepas lebih 10 kali menunaikan ibadah ini, kami gembira dapat berkongsi pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci selain ziarah ke Madinah yang tentu sahaja mahu bakal jemaah lain turut berpeluang beribadah dengan lancar bersama agensi berkredibiliti.

“Jadi setiap kali diajukan lamaran sebagai duta syarikat pengelola pakej umrah, kami tapis dan semak dulu latar belakang agensi berkenaan. 27 tahun dalam industri seni, kami enggan rosakkan nama andai tersilap pilih,” katanya kepada Kosmo! Online.

Azadan berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran pakej umrah awal Ramadan dan perasmian Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd, baru-baru ini.

Diamanahkan duduk di kerusi Ketua Pegawai Eksekutif Radius Worldwide Travel & Tours, Azadan melihat induk syarikat terbabit sebagai pengilang yang mempunyai cawangan sehingga ke luar negara membuatkannya berani menerima tawaran sebagai duta.

“Sebelum setuju menjadi duta bersama anggota lain dan kemudian menggalas tugas CEO, saya yakin syarikat pelancongan dan umrah ini mempunyai kewangan kukuh berbeza dengan sebilangan agensi lain yang gunakan wang jemaah sebagai modal pusingan memulakan perniagaan.

“Radius Worldwide Travel & Tours bahkan stabil dari dan ini dibuktikan selepas saya meneliti dan kaji perkara itu. Keseluruhannya, syarikat ini sangat stabil, mempunyai wakil di hampir setiap negeri selain dipayungi induk yang kukuh,” ujarnya.

Bakal berpuasa awal Ramadan di Mekah tahun depan akan mengelolakan hal ehwal operasi dan pengurusan berkaitan jemaah sepanjang umrah berkenaan.

“Kami bukan setakat bawa jemaah buat umrah secara aman dan tenang, malah kami mahu santuni jiwa mereka dengan cara kami menerusi lagu nasihat, sejarah, zikir dan selawat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI