fbpx

Peniaga bazar Ramadan Sepang dilarang guna straw plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Peniaga minuman di semua bazar Ramadan bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tahun depan dilarang menggunakan penyedut plastik.

Menurut Timbalan Yang Dipertua MPS, Muhamad Shah Osmin, langkah itu selaras dengan Kempen Bebas Plastik 2025 anjuran pihak berkuasa tempatan tersebut.

“Justeru, mereka yang beli air di bazar itu nanti tidak diberi straw plastik. Jadi, pengunjung boleh memilih untuk menerima penyedut jenis terdegradasi yang kelazimannya boleh dikitar semula,” katanya hari ini.

Selain itu tambah beliau, pengunjung bazar berkenaan turut digalakkan membawa bekas makanan sendiri untuk mengisi juadah seperti lauk-pauk atau kuih-muih dijual peniaga.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Shah berkata, MPS sudah bersedia untuk dinaik taraf kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berstatus bandar raya menjelang 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI