fbpx

Kerajaan tidak berhasrat bawa pulang rakyat, pelajar di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyerahkan mock up cek kepada Duta Kerajaan Jordan ke Malaysia, H.E Dr. Ismail Madallah Suliman Maaytah (dua kanan) sambil disaksikan Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali (kanan) di Wisma Putra, Putrajaya hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat untuk membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia yang kebanyakan pelajar di Syria susulan kejatuhan pemerintahan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan bagaimanapun memantau rapi tahap keselamatan kesemua pelajar itu setiap hari.

Beliau berkata, pelajar itu kini dipantau rapi oleh konsul kehormat malah, mereka berhubung secara harian dengan Wisma Putra.

“Pelajar-pelajar kita di sana dalam keadaan selamat, aman dan makanan pun cukup serta mereka duduk di kolej masing-masing.

“Kita tidak berhasrat untuk membawa mereka balik kerana keadaan nampaknya baik dan tenang di sana,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Bantuan Kemanusiaan Malaysia Kepada Palestin di Bawah Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI