fbpx

Kucing hilang 4 kaki rupanya mati diserang anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran tular keadaan kucing yang mati akibat serangan anjing liar di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Siasatan polis mendapati kematian seekor kucing secara kejam di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya di sini semalam dipercayai akibat serangan anjing liar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Pantai kira-kira pukul 6.20 petang.

“Saya mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut telah dijalankan. Kita mendapati kematian haiwan itu akibat diserang anjing liar.

“Laporan polis dirujuk kepada Jabatan Veterinar dan pengurusan Universiti Malaya untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular hantaran di media sosial berkaitan seekor kucing didakwa diperlakukan dengan kejam apabila perutnya terbelah selain empat kaki seperti ‘dipotong’ di Universiti Malaya.

Hantaran tersebut turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI