fbpx

GRO warga asing mengaku ada suami orang tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam serbuan Op Gegar di sebuah kelab malam di Jalan Metro Perdana Barat, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga asing cuba mengaburi mata pihak berkuasa apabila mengaku berkahwin dengan lelaki tempatan ketika ditahan dalam serbuan Op Gegar di sebuah kelab malam di Jalan Metro Perdana Barat, di sini, malam tadi.

Bagaiamanapun, hasil semakan Jabatan Imigresen (JIM) mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan bukti atau keberadaan ‘suami’ masing-masing di lokasi serbuan.

Dalam serbuan pada pukul 11.30 malam itu, seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 57 wanita ditahan selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 166 individu di premis tersebut.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan melibatkan 36 pegawai JIM itu dilakukan susulan risikan pihaknya selama dua minggu.

“Kami mendapati kelab malam ini menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan dengan bayaran RM100 hingga RM300 untuk satu sesi.

“GRO ini terdiri daripada warga asing kebanyakannya dari Thailand seramai 46 orang, Vietnam (empat), Laos (lima), dan Myanmar (dua),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Wan Mohammed Saupee, kesemua yang ditahan melakukan kesalahan termasuk tiada dokumen perjalanan sah, melanggar syarat pas lawatan serta tinggal lebih masa di Malaysia.

“Selain itu, tiga rakyat tempatan dipercayai majikan turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi PATI,” katanya.

Tambahnya. modus operandi premis tersebut adalah menawarkan perkhidmatan GRO dipercayai bagi menarik pelanggan dengan pakej tertentu.

Semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut, manakala siasatan terhadap pemilik premis akan diteruskan.

“JIM komited untuk membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya di premis hiburan di ibu negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI