fbpx

Merokok di kedai makan, Mohamad dikompaun KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly memaklumkan KKM akan mengenakan tindakan terhadap Mohamad atas kesalahan menghisap rokok di sebuah premis makanan.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan terhadap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atas kesalahan merokok di sebuah premis makanan.

Dr. Dzulkefly dalam satu hantaran di aplikasi X berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan menyerahkan notis kompaun kepada Ahli Parlimen Rembau itu kerana melanggar undang-undang.

“Hari ini pegawai yang diberi kuasa oleh PKD Seremban akan bertemu YBM Tok Mat (Mohamad) untuk notis kesalahan dan diberikan kompaun.

“Pejabat YBM telah maklum. Jujurnya, YBM DS Mohamad Hasan sendiri minta KKM isukan (keluarkan) kompaun atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular satu gambar di dalam X memaparkan Mohamad merokok ketika berada di sebuah kedai makan. Kesalahan itu melanggar Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Oleh itu, orang ramai menuntut tindakan diambil terhadap semua pihak tanpa mengira status dan latar belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI