fbpx

Pramugari bantu penumpang seludup emas RM530,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emas seberat 1.7 kilogram itu disembunyikan di dalam pakaian dalam seorang kru kabin. - NDTV

NEW DELHI – Seorang kru kabin penerbangan Air India ditahan di bandar Chennai kerana membantu penumpang menyeludup emas 24 karat seberat 1.7 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih 10 juta rupee (RM527,000), lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Mereka ditahan oleh pegawai kastam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada Ahad lalu. 

Menurut Jabatan Kastam, penumpang itu mengaku bahawa emas tersebut diserahkan kepada pramugari semasa dalam penerbangan. 

“Kami berjaya menemukan emas yang disembunyikan di dalam pakaian dalam kru terbabit. 

“Kedua-dua suspek kini ditahan direman,” tambah jabatan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI