fbpx

Didakwa perlekeh wanita Iban, Ifa Raziah disekolahkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ifa Raziah dianggap sengaja mencetuskan provokasi yang mengguris perasaan banyak pihak.

PETALING JAYA – Didakwa memperlekehkan kaum Iban, penyanyi Ifa Raziah dianggap sengaja mencetuskan provokasi yang mengguris perasaan banyak pihak.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna aplikasi Threads yang memuat naik tangkap layar komen hantaran seorang rakan usahawan selebriti itu di Instagram.

“Terkejut aku. Ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat,” itu komen Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 49.

Pemilik akaun Threads terbabit mempersoalkan tindakannya yang menyebut etnik di Satawak itu bagi menggambarkan sesuatu unsur negatif.

Kesal dengan tindakan dilakukan, individu tersebut tampil mendedahkan paparan komen Ifa selain turut tertanya-tanya motif sebenar.

“Apa Ifa Raziah tu. Sengal,” tulis individu berkenaan.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut senada dengan pemilik akaun Threads berkenaan apabila sama-sama menempelak perbuatan penyanyi lagu Ser Ser Ser itu.

“Seronok kak @ifa_raziah kutuk orang? akak tahu tak orang yang akak hina tu kalau menyanyi lagi sedap dari akak tau. Muka diorang kalau makeup tipis pun sikit punya jauh lagi cantik dari akak. Mentang-mentang dah ada rupa, dah ada harta bukan main hina orang.Seronok ke kak?” tulis netizen.

“Jangan main-main dengan bangsa Iban. Orang Iban sikit pun tak kacau kau. Jangan sesuka hati petik,” kata pemilik akaun lain.

“Dia tiada cermin tu. Perempuan Iban semua cantik, putih,” ulas seorang pengguna laman sosial.

Sehingga kini usahawan selebriti itu belum mengulas mengenai isu yang disuarakan ramai ini atau meminta maaf atas keterlanjuran katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI