fbpx

Letupan di Moscow ragut nyawa ketua nuklear Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Igor Kirillov. - AFP 

MOSCOW – Sebuah alat letupan yang ditanam berhampiran sebuah bangunan pangsapuri di Moscow meletup awal semalam, lalu membunuh Ketua Angkatan Pertahanan Nuklear, Biologi dan Kimia Russia, kata Jawatankuasa Penyiasatan negara itu.

Peranti tersebut disembunyikan dalam skuter elektrik berhampiran pintu masuk bangunan kediaman di Ryazansky Avenue Moscow apabila ia meletup.

Letupan seterusnya membunuh Leftenan Jeneral Igor Kirillov dan pembantunya yang tidak dikenali, demikian menurut jawatankuasa itu.

“Penyiasat, forensik dan perkhidmatan operasi sedang bekerja di tempat kejadian,” kata jurucakap Jawatankuasa Penyiasatan Russia, Svetlana Petrenko dalam satu kenyataan. 

“Tindakan penyiasatan serta aktiviti operasi dan pencarian yang bertujuan untuk mengenal pasti semua keadaan jenayah, sedang giat dijalankan,” tambahnya.

Kenyataan kedua daripada jawatankuasa itu kemudian menjelaskan bahawa satu kes jenayah telah dilancarkan ke atas kematian dua anggota tentera itu atas dakwaan pembunuhan, keganasan dan penyeludupan senjata serta peluru secara haram.

Perkhidmatan Keselamatan Kyiv sehari sebelum itu mendakwa Kirillov tanpa kehadiran di mahkamah dengan jenayah perang berhubung penggunaan senjata kimia Russia dalam perangnya menentang Ukraine.

Menurut agensi tersebut, Ukraine telah mendokumenkan lebih 4,800 kes di mana Russia menggunakan senjata kimia di bawah arahan Kirillov. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI