JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila gagal membakar sebuah pejabat kerana kerap tergelincir di atas lantai disebabkan bahan api yang disimbah, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di Kaunter Desa di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat pada 11 Disember lalu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fakta.indo menunjukkan lelaki berkain pelikat itu menyimbah bahan api di atas lantai.
Orang ramai mula menjerit ketakutan dan melarikan diri.
Rancangannya bagaimanapun gagal apabila dia tergelincir beberapa kali akibat minyak yang ditumpahkan sebelum berlalu pergi.
Rakaman itu mencatatkan lebih 14.8 juta dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Tak tahu nak panik atau ketawa,” sindir seorang netizen.
“Definisi sebenar senjata makan tuan,” komen netizen lain. – AGENSI