fbpx

Bintang MotoGP sudah ada karier baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPARGARO memilih perlumbaan basikal sebagai karier baharunya selepas meninggalkan trek MotoGP. - AFP

PARIS – Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Aleix Espargaro kini membuka lembaran baru dalam kariernya apabila menyertai pasukan berbasikal profesional Lidl-Trek bermula tahun depan.

Perkembangan itu hadir hanya sebulan selepas dia mengumumkan persaraannya daripada dunia perlumbaan motosikal yang dilaluinya selama 15 tahun.

Pelumba berusia 35 tahun kelahiran Sepanyol itu pernah mencatat tiga kemenangan MotoGP sepanjang karier cemerlangnya dan dikenali sebagai antara pelumba paling konsisten serta berpengalaman dalam sukan berprestij itu.

Mengulas mengenai keputusannya beralih ke dunia berbasikal, Espargaro tidak menyembunyikan keterujaannya.

“Saya sangat gembira untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Lidl-Trek, pasukan hebat yang turut menjadi pangkalan kepada ramai pelumba terbaik dunia,” katanya.

Dia turut menjelaskan bagaimana kecederaan belakang semasa bergelar pelumba MotoGP membawanya ke dunia berbasikal sebagai kaedah pemulihan, namun ia bertukar daripada rutin latihan menjadi minat mendalam terhadap sukan itu.

“Pada mulanya, saya berbasikal untuk tujuan pemulihan dan kecergasan. Namun lama-kelamaan, ia menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Tinggal di Andorra memberi saya peluang berlatih bersama ramai pelumba profesional, yang kemudiannya menginspirasi saya untuk meningkatkan tahap latihan ke satu tahap lebih tinggi,” tambah Espargaro. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI