fbpx

EPL: Tiada tempat buat ‘si lembik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM meletakkan standard yang tinggi untuk para pemain capai dan tidak teragak-agak untuk membuat keputusan biarpun ia dianggap kontroversi. - AFP

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot mengakui kekuatan pasukan itu untuk bangkit menewaskan musuh setempat, Manchester City kelmarin adalah kerana pengurus mereka, Ruben Amorim.

Menurutnya, tidak ada peluang dan tempat buat rakan sepasukannya yang tidak bersedia untuk berkorban dan mengharungi kesengsaraan di bawah pengendali dari Portugal itu yang sedang berusaha menukar ‘budaya’ di Old Trafford.

“Mesejnya sangat jelas sejak dari awal, jika anda mahu berjaya, anda perlu bekerja keras dan mengharungi kesukaran.

“Jika anda mahu berjaya di kelab ini, anda perlu melalui kesengsaraan dan jika anda bersedia untuk melakukannya, kami akan menjadi sebuah pasukan yang baik. Untuk mereka yang tidak bersedia, tempat anda bukan di sini,” kata Dalot.

Amorim membuat keputusan mengejutkan apabila menggugurkan Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho daripada skuad ketika menentang City dan mengakui bahawa ia adalah keputusan yang mudah dilakukannya.

Dalot memuji karakter yang dipamerkan oleh rakan sepasukannya biarpun ketinggalan, namun berjaya bangkit pada minit-minit akhir perlawanan menerusi jaringan Bruno Fernandes dan Amad Diallo.

“Sejak beberapa tahun lalu kami berdepan beberapa perlawanan seperti ini, perlu berjuang sehingga ke penghujung dan saya fikir ini adalah karakter sebenar United. Kami mengekaltkan emosi dan cara berfikir biarpun dalam keadaan tertekan ketika ketinggalan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI