fbpx

EPL: Salah mungkin ubah pendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH bakal menerima tawaran baharu daripada Liverpool untuk membolehkannya kekal di Anfield. - AFP

LIVERPOOL – Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dilapor semakin hampir untuk mendapatkan kontrak baharu untuk terus kekal di Anfield sekali gus mengubah laporan sebelum ini bahawa dia mungkin berhijrah ke kelab baharu.

Pemain berusia 32 tahun itu berjaya mempamerkan aksi memukau pada kempen musim ini dengan meledak 13 gol dalam 15 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala dua lagi gol dihasilkan pada aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Pemain antarabangsa Mesir itu berjaya membantu The Reds yang dikemudi Arne Slot untuk berada di puncak saingan EPL dan UCL setakat ini, namun kontraknya bakal berakhir hujung musim dan tidak ada persetujuan dicapai setakat ini.

Bagaimanapun, laporan terbaharu menyebut bahawa pihak pengurusan Liverpool terpaksa bersetuju untuk menawarkan kontrak baharu ekoran prestasi cemerlang itu biarpun terpaksa memberikan pendapatan lebih tinggi untuk Salah.

Ahli lembaga pengarah Liverpool sudah mengadakan perbincangan dengan pemain berkenaan dan mengakui sangat optimis bahawa Salah akan terus kekal di Anfield dan menjadi tonggak penting Liverpool.

Selain Salah, dua lagi pemain, Virgil Van Dijk dan Trent Alexander-Arnold dibenarkan untuk mengadakan rundingan bersama kelab lain bermula Januari ini ketika perjanjian mereka bakal tamat pada Jun menyebabkan Liverpool perlu lebih pantas mengemukakan tawaran baharu.

Slot mengesahkan bahawa tidak dapat mengawal masa depan ketiga-tiga pemainnya itu, namun mengakui tidak bersedia untuk kehilangan ketiga-tiga pemain tonggaknya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI