fbpx

FAM jamin tiada campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAU MARTI akan diberikan sepenuh mandat untuk mengendalikan Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Asean kali ini.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski tidak akan campur tangan mengenai pasukan kebangsaan sepanjang kejohanan Piala Asean 2024 kerana hanya memulakan tugas rasmi pada Januari depan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi memberi jaminan bahawa jurulatih semasa, Pau Marti Vicente kekal diberikan mandat termasuk jika skuad negara mencipta kejutan mara ke final pada kejohanan yang berakhir pada 5 Januari nanti.

“Pau Marti telah diberikan tugas untuk membantu pasukan sepanjang kempen Piala Asean kali ini dan kalau kita boleh melangkah jauh, beliau akan terus mengemudi pasukan sehingga habis kejohanan nanti.

“Sementara itu, jurulatih baharu (Cklamovski) ini pula telah diarahkan untuk membentuk pasukan yang baharu khusus bagi mengharungi kelayakan Piala Asia 2027 (pada Mac depan).

“Justeru, tiada isu kerana Pau Marti akan meneruskan tugas yang telah diberikan kepadanya dan pasti dia faham dengan situasi semasa,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, Mohd. Yusoff turut mengesahkan Cklamovski bakal diberi ruang dan peluang untuk menentukan barisan kejurulatihan mengikut kehendaknya nanti.

Malah, Mohd. Yusoff memberi bayangan pengendali tempatan juga bakal dilantik untuk menjadi ‘orang kanan’ kepada bekas jurulatih FC Tokyo itu dalam masa terdekat.

“Sudah tentu kita akan berbincang dengan Cklamovski untuk menentukan barisan kejurulatihan mengikut kapasiti dan keselesaannya.

“Mengenai pembantu jurulatih tempatan, mengikut kebiasaan kita akan lantik seorang pengendali lokal kerana dia boleh membantu Cklamovski dalam memberikan input mengenai pemain dan budaya setempat dengan lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI