PONTIAN – Seorang gadis yang keluar dari rumah di Telok Kerang, di sini pada 8 Disember lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh keluarganya di Taiping, Perak.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, remaja berusia 17 tahun itu ditemui oleh kedua-dua ibu bapanya di rumah kenalan lelakinya di Pokok Asam, Taiping pada 14 Oktober lalu.
Katanya, hasil siasatan mendapati, rumah tersebut merupakan kediaman keluarga kenalan lelakinya dikenali sebagai Selvam berusia 28 tahun.
“Remaja itu dikatakan keluar dari rumahnya di Ponian bersama kekasihnya dengan menaiki teksi ke Terminal Pengangkutan Awam di Larkin, Johor Bahru pada pagi 8 Disember lalu.
“Mereka berdua kemudian menaiki bas ekspres ke Taiping dan tinggal bersama keluarga Selvam selama enam hari di sana,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Remaja peempuan itu mengenali Selvam selama dua tahun.- KOSMO! ONLINE