fbpx

V Shem-Wee Kiong ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V SHEM (kanan) dan Wee Kiong terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menyingkirkan beregu Sze Fei-Izzuddin pada Terbuka Thailand di Bangkok semalam.

BEREGU lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus menggalas misi pada kejohanan badminton Terbuka Thailand di Bangkok selepas mara ke peringkat separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung semalam, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengetepikan cabaran rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menerusi keputusan 21-16, 21-19.

Meskipun menang menerusi aksi straight-set, V Shem ­mengakui mereka berdepan ­tentangan sengit daripada Sze Fei-Izzuddin sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya akui memang susah menentang mereka pada perlawanan itu kerana lawan sangat pantas dan bertenaga. Saya dapat lihat mereka sudah tunjukkan banyak peningkatan dalam ­permainan.

“Bagaimanapun, strategi kami memperlahankan permainan mereka membuahkan hasil. Kami berjaya mengutip mata demi mata pada penghujung perlawanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah pemain berusia 32 tahun itu, mereka perlu menjimatkan penggunaan tenaga dalam setiap perlawanan memandangkan pergerakan bulu tangkis agak perlahan di dalam gelanggang.

“Semua pemain akui pergerakan bulu tangkis perlahan di sini, jadi kami perlu gunakan lebih tenaga ketika melakukan pukulan. Oleh itu, kami perlu bermain dengan bijak,” tambahnya.

Sementara itu, Wee Kiong percaya, Izzuddin-Sze Fei me­nunjukkan potensi cukup besar untuk menjadi salah satu gandi­ngan terbaik dunia pada masa hadapan.

“Saya yakin jika mereka be­kerja keras dan sentiasa positif, tidak mustahil mereka boleh menjadi antara beregu terbaik nanti. Saya harap mereka tidak berputus asa,” ujar Wee Kiong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI