fbpx

Pembantu kedai runcit mengaku salah rompak guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Zulhairie (tengah) untuk didakwa atas dua pertuduhan merompak dua wanita di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai runcit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak dua orang wanita dengan bersenjatakan sebilah pisau di premis berasingan di Pasir Puteh dekat sini pada November lalu dan awal bulan ini.

Tertuduh, Zulhairie Zulkifli, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak beg duit milik seorang wanita berusia 18 tahun yang berisi wang tunai sebanyak RM120.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah kedai runcit di Sungai Petai, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 3.29 petang pada 2 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Zulhairie dituduh merompak seorang wanita berusia 26 tahun menggunakan sebilah pisau sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM400 kepada mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter pembayaran sebuah kedai runcit di Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 6.45 petang pada 6 November lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI