fbpx

Pelajar perempuan mengamuk tembak rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis menjalankan siasatan di Sekolah Kristian Abundant Life di bandar Madison. - USA Today Network

MADISON, WISCONSIN – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala enam lagi cedera dalam kejadian tembakan massa di sebuah sekolah di negeri Wisconsin, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku di Sekolah Kristian Abundant Life, bandar Madison, kira-kira 129 kilometer ke  barat Milwaukee. 

Polis tempatan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sekitar pukul 10.57 pagi (waktu tempatan) sejurus selepas menerima aduan berhubung amukan senjata api.  

“Mangsa yang terbunuh merupakan seorang murid dan guru, manakala suspek penembak juga  meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri. 

“Enam mangsa lain yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” kata polis.

Menurut polis, suspek merupakan pelajar sekolah berkenaan dan berumur 15 tahun. 

Ketua Polis Madison, Shon Barnes memberitahu: “Motif kejadian belum diketahui dan tiada maklumat lanjut mengenai penembak melainkan dia seorang pelajar sekolah.

“Polis turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian. Tembakan dipercayai berlaku di sebuah ruang di dalam sekolah berkenaan.

“Siasatan sedang giat dijalankan,” tambah Barnes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI