fbpx

Gempa kuat gegar Vanuatu, mangsa bergelimpangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN menempatkan kedutaan asing di Port Vila roask selepas gempa bumi kuat menggegarkan Vanuatu hari ini. – AFP

PORT VILA – Gempa bumi kuat menggegarkan Kepulauan Vanuatu di Lautan Pasifik hari ini, mengakibatkan banyak bangunan di ibu negara, Port Vila rosak teruk termasuk sebuah bangunan menempatkan dua kedutaan asing.

Seorang saksi memberitahu AFP bahawa dia melihat mayat bergelimpangan di jalanan.

Gempa magnitud 7.3 itu berlaku pada kedalaman 57 kilometer, sekitar 30 kilometer di luar pantai pulau utama Vanuatu, Efate, pukul 12.47 tengah hari (waktu tempatan), demikian menurut Pusat Geologi Amerika Syarikat(AS).

Tingkat bawah sebuah bangunan menempatkan Kedutaan AS dan Perancis ditimpa tingkat-tingkat lebih tinggi, kata saksi berkenaan, Michael Thompson dalam wawancara telefon satelit bersama AFP.

“Terdapat orang ramai terperangkap di dalam bangunan-bangunan di bandar (Port Vila). Mayat-mayat bergelimpangan di sana.

“Tanah runtuh menimbus sebuah bas. Jelas berlaku kematian,” katanya.

Gempa bumi itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya dua jambatan runtuh.

“Liputan telefon bimbit pula terputus,” tambahnya.

Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa berlaku dengan ombak setinggi 1 meter diramal melanda beberapa kawasan di Vanuatu. Amaran itu ditarik balik oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak lama kemudian.

Gempa bumi merupakan bencana biasa  di Vanuatu. Kepulauan rendah diduduki 320,000 orang itu berada dalam Lingkaran Api Pasifik yang aktif dengan aktiviti tektonik meliputi kawasan dari Asia Tenggara hingga ke lembangan Pasifik.

Vanuatu merupakan antara negara paling berisiko dilanda bencana alam semula jadi seperti gempa bumi, ribut, banjir dan tsunami. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI