fbpx

‘Comelnya Tengku Johan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofie Louise berkongsi wajah anakandanya di Instagram, hari ini.

PETALING JAYA – Kemunculan putera sulung Adinda Sultan Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra iaitu Tengku Muhammad Johan Petra di khalayak ramai mengundang perhatian ramai.

Wajah terkini anakanda baginda berdua itu dikongsikan Sofie Louis ketika menghadiri sebuah perlawanan bola keranjang di Kuala Lumpur, hari ini.

“Bersyukur kerana berpeluang menghadiri perlawanan akhir bola keranjang yang menarik ini. Kategori Wanita Terbuka Liga Alumni SBP 2024. Tahniah kepada juara,” tulisnya pada kapsyen.

Menerusi perkongsian Sofie Louise itu di Instagram, rata-rata memuji kecomelan Tengku Johan yang berambut perang dan dilihat sudah boleh berjalan.

“Terasa mcm baru je lahir, rupanya dah berjalan. Comel sangat,” kata @liza_arif82.

“Cantiknya rambut Tengku Johan,” puji seorang pengguna.

“Subhanallah, comelnya!,” ujar @muhammad_zakwanazizi.

“Orang Kelantan berambut perang, wah!,” komen seorang lagi pengguna.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, Sofie Louise selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (HUSM) pada 17 Julai tahun lalu.

Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI