fbpx

Cari kelainan sambut krismas, Tahun Baharu di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan cef berpengalaman yang menyediakan pelbagai hidangan menarik sempena sambutan krismas dan juga Tahun Baharu 2025 di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

SHAH ALAM – Salah satu kelebihan di Malaysia bila tiba musim perayaan khususnya pada hujung tahun dengan sambutan Tahun Baharu, kebanyakan hotel popular membuat perancangan rapi untuk menawarkan pengalaman menarik pengunjung untuk menikmati pelbagai jenis menu lazat bersama keluarga, teman dan orang tersayang.

Tidak ketinggalan adalah DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City  yang menjadikan perayaan Krismas dan cuti sambutan Tahun Baharu diraikan sebaiknya sekali gus meninggalkan kenangan manis buat semua.

Hotel yang dihias indah dengan tema sambutan krismas itu dapat dirasakan ketika berada di Restoran Makan Kitchen yang menawarkan makan malam secara bufet pada 24 Disember ini bermula 6.30 petang yang menawarkan aneka makanan hasil idea dan air tangan cef berpengalaman di hotel tersebut.

Antaranya adalah Australian Steamship Round with Rendang Rub, Sar Bak Clams, Yabbies Whole Tuna Sashimi, Bûche de Noël Around the World Nitrogen-Frozen Berries Tea Infusion with Milk Chocolate Soil Valrhona Chocolate Panettone.

Ada juga sesi masakan udang mengikut tempatan pelanggan dan juga makanan laut bagi memberi kelainan kepada pengunjung yang mahu bertukar selera kepada makanan tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan,  menu yang dihasilkan untuk perayaan kali ini adalah  pengaruh kulinari yang dihasilkan daripada cef-cef yang memiliki komitmen tinggi untuk menjayakan pelbagai hidangan ini.

“Ia merangkumi semangat percutian dengan menggabungkan pelbagai teknik dan rasa. 

“Pilihan pencuci mulut pula agak terserlah kerana ia menawarkan pelbagai hidangan untuk membawa kegembiraan kepada pengunjung menikmatinya,” jelasnya.

Selain itu, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City turut menawarkan hidangan minuman petang dengan barisan menu yang  menyelerakan seperti Classic Oversized Roast Chicken Chestnut Stuffing and Giblet Sauce.

Ia turut menyajikan 18-Hour Braised Angus Brisket with Smoked Hickory Sauce, Stir-Fried Jumbo Freshwater Prawns Tomyam Cured Scottish Salmon, Housemade Lebkuchen dan juga Panettone Sandwich with Ginger Gelato.

Pada hari Krismas 25 Disember itu pula, hotel berkenaan pastinya mahu membawa kemeriahan menikmati makan malam bersama dengan tawaran bufet yang unik serta menarik.

Ia menghidangkan barisan menu seperti rustacean Bar Prawns, Crabs, Mussels, Slipper Lobsters Live Station of Prawns, Yabbies, Mud Crab, Salmon Coulibiac with Creme Spinach dan Valrhona Chocolate Panettone.

Sementara itu, bagi mereka yang mahu mencari kelainan dalam sambutan Tahun Baharu, boleh memilih hotel ini untuk menikmati hidangan makan malam yang menawarkan BBQ Bar with Seafood, Sausages, Chicken Wings and Minute Steak Air-Flown Oyster | Ireland, US, France Baked Whole Salmon with Horseradish Cream.

Turut dihidangkan adalah Made-to-Order Beef Shepherd’s Pie with Truffle Mash Made-to-Order Slipper Lobster Po Boy with Béarnaise Sauce Nitrogen-Frozen Berries Tea Infusion with Milk Chocolate Soil.

Harga buffet yang ditawarkan adalah serendah RM160 hingga  RM200 seorang dewasa manakala kanak-kanak dari harga RM60 hingga RM100 seorang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI