WASHINGTON – Polis mendedahkan bahawa sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dengan mudah meninggalkan dron yang dihantar untuk menjejakinya sebelum hilang di ruang udara di negeri New Jersey, lapor portal berita MailOnline semalam.
Syerif County Ocean, Michael Mastronardy berkata, pasukannya melancarkan dron itu selepas salah seorang anggotanya melihat 50 UFO misteri itu.
Pegawai itu kemudian menghubungi talian kecemasan 911 untuk memaklumkan polis negeri, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Pengawal Pantai.
Agensi maritim kemudian melaporkan melihat 13 UFO mengikuti bot mereka dengan menganggarkan ia mempunyai lebar sayap 2.43 meter.
Insiden itu hanyalah satu daripada banyak penampakan UFO misteri oleh penduduk tempatan di negeri itu sebelum ini.
Pada Jumaat lalu, Penasihat Komunikasi Keselamatan Negara White House, John Kirby menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu takut walaupun banyak UFO dilihat di langit negeri tersebut. – AGENSI