fbpx

10 kotak durian Musang King RM1,300 kena ‘kebas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail buah durian dijual di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Seorang penjual durian tertipu apabila 10 kotak berisi  durian Musang King berharga  SGD$400 (RM1,300) dicuri oleh ‘scammer’ di hadapan pintu sebuah flat, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Pada mulanya, pemilik kedai Kaki Durian,  Adam Ho menerima pesanan untuk menghantar 10 kota durian tersebut ke depan rumah seorang pelanggan.

Apabila tiba di alamat tersebut, pekerja penghantaran melihat unit flat itu seperti tidak berpenghuni kerana terdapat banyak risalah diletakkan di pintu.

Ho mengarahkan penghantar itu untuk menunggu lebih lama,  menyebabkan dia meninggalkan kotak-kotak durian  di depan pintu dan turun ke bawah untuk menghisap rokok.

Beberapa minit kemudian, apabila pekerja Ho kembali ke flat tersebut, dia melihat semua kotak durian telah hilang.

“Saya menghubungi pelanggan selepas itu tetapi dia terus membuat alasan dengan menyatakan tidak dapat bercakap kerana sibuk.

“Saya fikir dia seorang penipu, jadi saya membuat laporan polis,” ujar Ho. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI