fbpx

Harimau dahan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai harimau dahan yang dipercayai dilanggar kenderaan ditemui kakitangan Perhilitan ketika melalui Jalan Tapah-Bidor semalam.

TAPAH – Seekor harimau dahan ditemui mati di Jalan Tapah-Bidor dekat sini semalam dipercayai dilanggar sebuah kenderaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, penemuan bangkai harimau dahan atau nama saintifiknya neofelis nebulosa itu ditemui seorang kakitangan Perhilitan ketika melalui jalan tersebut.

“Bangkai harimau tersebut telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai untuk tujuan proses taksedemi bagi tujuan pendidikan dan penyelidikan.

“Ia berada dalam keadaan baik namun mungkin mati disebabkan kecederaan dalaman yang dialami selepas dilanggar kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Yusoff, harimau dahan merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Katanya, Perhilitan berharap agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan berdekatan hutan memandangkan kemungkinan hidupan liar melintas jalan.

“Orang ramai yang menemui hidupan liar yang cedera atau mati diharap dapat memaklumkan kepada Perhilitan agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Jangan pula mengambil bangkai atau sebahagian daripadanya kerana ia adalah satu kesalahan dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI