fbpx

Warga emas maut dihempap pokok di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa keluar mangsa dari bawah pokok.

BENTONG – Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok manggis di kebunnya di Batu 1, Jalan Tras di sini hari ini.

Mangsa, Lee Pik Chee, 67, yang beralamat di Taman Bukit Chamang di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.23 petang sebelum sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera.

“Pasukan bomba menaiki kenderaan trak pikap ke lokasi kejadian berikutan tiada akses jentera bomba.
Kemudian pasukan berjalan kaki lebih kurang 1.5 kilometer ke lokasi mangsa berada.

“Sebaik tiba, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa di bawah pokok dengan memotong bahagian pokok dengan gergaji berantai,” katanya di sini hari ini

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI