fbpx

KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035, libat tenaga pakar tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry berucap pada majlis Pembentangan Kad Laporan Pencapaian KPT 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka satu agenda besar bagi pendidikan tinggi negara iaitu sebuah pelan perancangan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bermula 2025 sehingga 2035.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, rangka tersebut akan dibangunkan oleh tenaga-tenaga pakar tempatan yang berpengalaman di negara ini termasuk melibatkan para pemegang taruh.

“Pelan yang ada ini akan berakhir pada hujung tahun hadapan, tapi dalam masa yang sama kita kena menyediakan satu pelan (pendidikan) baharu untuk 10 tahun akan datang.

“Hal ini sedang diperincikan oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai pihak dan kita (akan) rangka berdasarkan kepakaran kita.

“Kita sudah tidak ambil pendekatan menggunakan konsultan luar negara untuk merangka (pelan) pendidikan negara kita sendiri, tapi kita gunakan tenaga pakar kita yang sama hebat dengan pakar di luar negara,” katanya.

Menerusi pembentangan kad laporan, Zambry berkata, KPT berjaya mencapai lima fokus utama bagi tahun 2024.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI