fbpx

Tekanan mungkin paksa Verstappen tinggalkan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN dijangka terus berlumba dalam kejuaraan lain selepas meninggalkan F1 satu hari nanti. - AFP

LONDON – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Max Verstappen diramal akan terus berlumba dan mencipta kemenangan dalam dunia perlumbaan walaupun meninggalkan sukan berprestij dunia itu satu hari nanti.

Bekas juara dunia F1 2009, Jenson Button yakin pemandu Belanda itu tidak akan menggantung ‘stereng’ begitu sahaja biarpun tiada jaminan Verstappen kekal bersama Red Bull selepas kontraknya berakhir pada 2028.

Menurutnya, Verstappen adalah seorang pemandu yang mencintai sukan permotoran, bukan semata-mata disebabkan populariti dalam perlumbaan F1.

“Ada dua jenis pemandu F1 iaitu satu hanya peduli tentang F1 dan apabila bersara, mereka tidak akan berlumba lagi. Mereka akan pergi berehat atau mencari pekerjaan lain.

“Tetapi untuk Max (Verstappen) dan juga pemandu seperti saya, kami mencintai perlumbaan sukan permotoran secara keseluruhan, bukan hanya semata-mata mengenai Formula 1.

“Max akan keluar daripada F1 tetapi tidak akan meninggalkan kemenangan. Dia mungkin akan menyertai perlumbaan lasak seperti Le Mans, Daytona atau hanya berlumba dalam perlumbaan simulasi sim tetapi dia tetap akan berlumba dan menang,” katanya.

Tambah Button, tekanan dan perhatian daripada F1 mungkin menjadi salah satu faktor yang mendorong Verstappen untuk beralih ke kategori lain selepas kontraknya berakhir nanti.

“F1 adalah kemuncak perlumbaan tetapi ia datang dengan tekanan besar dan perhatian luar biasa. Dalam kategori lain, tekanannya lebih rendah dan dia mungkin lebih menikmati perlumbaan lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI