fbpx

Pembantu perawatan didakwa ‘jual diri’ melalui WeChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Tasnim Amirah (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat di Mahkamah Majisret Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pembantu perawatan di sebuah klinik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki melalui aplikasi WeChat pada Julai lalu.

Tertuduh, Tasnim Amirah Abdullah, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat kepada seorang lelaki.

Perbuatan itu dilakukan olehnya di sebuah bilik hotel di Tunjong di sini kira-kira pukul 6 petang pada 8 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akmal Mohamad Bakri, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd. Amin @ Abdul Hamid.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 4 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI