fbpx

‘Mana nenek, kata nak belanja makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Athiyyah Nur Sofia bersama bapa serta datuk dan neneknya yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, Mersing semalam.

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun bergelar yatim piatu selepas bapanya maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa datuk dan neneknya di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya semalam.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengorbankan bapa Athiyyah Nur Sofia iaitu Muhamad Izuddin Md. Yusuf, 36, datuknya, Md. Yusuf Mukhtar, 71 serta neneknya, Rosnah Salleh, 65.

Athiyyah yang merupakan anak tunggal kehilangan ibunya kira-kira dua tahun lalu akibat sakit.

Bapa saudaranya Mohd. Nazim, 42, berkata, ketika kejadian, anak saudara dan adiknya dalam keadaaan keadaan sedar, manakala ibu bapanya sudah meninggal dunia di lokasi.

“Athiyyah sempat bertanya mana nenek kata nak belanja makan sedangkan ketika itu nenek dan datuknya sudah meninggal dunia.

“Anak saudara saya memang sangat rapat dengan datuk dan nenek kerana dia tinggal bersama mereka ejak berusia setahun.

“Saya difahamkan ketika kejadian mereka berempat dalam perjalanan untuk makan malam di Felda Tenggaroh,” katanya ketika ditemui pemberita di Felcra Sungai Ara di sini hari ini.

Anak sulung dari enam beradik itu berkata, dia sempat memangku adiknya sebaik tiba di lokasi dan mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum ambulans membawanya ke hospital.

“Sebelum isyak, ada penduduk datang ke rumah beritahu tentang kemalangan tersebut.

“Adik yang bekerja sebagai juruteknik berulang-alik dari Johor Bahru ke Felcra Sungai Ara setiap cuti hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anaknya.

“Sejak isterinya meninggal dunia, dia agak pendiam. Emak selalu suruh dia berkahwin tetapi dia akan merajuk dan ke kubur isterinya. Memang terkejut dengan apa berlaku namun kami reda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI