fbpx

Anggota polis didakwa tunjuk isyarat lucah semasa protes disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) memulakan siasatan terhadap seorang anggota polis yang didakwa menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang wanita semasa protes hak asasi manusia di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, wanita terbabit diminta tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan dijalankan dengan lebih terperinci.

“JIPS sudah memulakan siasatan berhubung insiden itu. Namun, mangsa diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Selain itu, jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama dengan pegawai terbabit, mereka juga diminta tampil membuat laporan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin menegaskan, pihaknya akan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan dengan teliti dan telus.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa, mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti anggota terbabit yang kini bertugas di ibu negara.

“Siasatan telah dimulakan walaupun belum ada laporan rasmi diterima,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita melalui hantaran di Instagram mendakwa anggota polis tersebut menunjukkan isyarat lucah kepadanya ketika dia mengambil gambar semasa protes.

Menurutnya, anggota itu mengulang isyarat tersebut beberapa kali untuk memastikan ia dapat dilihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI