fbpx

Ribut petir landa Pahang, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor dan Sarawak.

“Di Pahang, cuaca buruk melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis, manakala, di Johor meliputi Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan yang sama turut membabitkan Sarawak di kawasan seperti Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan).

Bgaimanapun, cuaca di sekitar Lembah Klang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan diramalkan cerah dan baik pada petang ini.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI