fbpx

Leclerc jalani kuarantin di Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC mengakui berada dalam keadaan baik tanpa simpton yang teruk selepas disahkan positif Covid-19. – AFP

MONTE CARLO – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc disahkan positif Covid-19 selepas mengalami simpton wabak berkenaan dan sedang menjalani kua­rantin di kediamannya di Monaco.

Bagaimanapun, pelumba berusia 23 tahun itu mengakui dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang gejala yang serius.

Leclerc mengakui dia tidak pasti bagaimana terkena jangkitan wabak pembunuh tersebut tetapi dia berada di Dubai awal bulan lalu.

Leclerc merupakan pelumba kelima positif Covid-19 selepas pelumba Me­xico, Sergio Perez, Lance Stroll (Kanada), Lando Norris dan termasuk juara dunia lima tujuh kali, Lewis Hamilton dijangkiti wabak tersebut sebelum ini.

“Saya menerima rawatan dan mengikut protokol yang ditetapkan oleh pasukan. Sesiapa yang pernah bertemu dengan saya segera menjalani ujian dan me­ngasingkan diri.

“Ketika ini saya berada di Monaco dan menjalani proses kuarantin mengikut peraturan yang ditetapkan pihak kesihatan,” katanya.

Saingan pembukaan Formula Satu (F1) di Australia ditangguhkan dan perlumbaan tersebut dijangka bermula di Bahrain pada 28 Mac ini.

Tahun lalu, Leclerc sekadar berada di kedudukan kelapan keseluruhan bersama Ferrari dan ia merupakan rekod terburuk Ferrari dalam tempoh 40 tahun sepanjang perlumbaan apabila gagal meraih sebarang kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI