fbpx

Pemilik perniagaan bakal berdepan cabaran getir tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan (dua dari kiri) pada majlis pelantikan sebagai profesor di IUC di Putrajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pemilik perniagaan bakal berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut Pengasas Richworks International Sdn Bhd. (Richworks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Mentor usahawan berjaya itu  berkata, ia umpama letusan gunung berapi berbanding pasir jerlus yang berlaku tahun ini.

 “Tanpa persediaan dan tindakan yang tepat, perniagaan mungkin sukar bertahan atau bahkan gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizan berkata, inisiatif Richworks pada tahun depan adalah usahawan berdepan dengan cabaran yang semakin getir.

Sehubungan itu, pihaknya merancang untuk meneruskan jelajah Bina SME di lebih banyak lokasi seluruh Malaysia. 

“Kami akan melancarkan Bina SME 2025, kesinambungan program lalu untuk usahawan terpilih yang akan bermula awal tahun depan.

“Terdapat kebanyakan pemilik bisnes menghadapi cabaran dengan jualan yang tidak meningkat atau menurun. Oleh itu, dengan persediaan yang betul, usahawan mampu mencapai pertumbuhan.

“Sebenarnya, pelbagai faktor yang menyebabkan mereka berdepan situasi itu. Namun, dengan persediaan betul, seseorang usahawan itu mampu menyaksikan pertumbuhan satu hingga empat digit,” jelas beliau.

Selain itu, Azizan yang baru dilantik sebagai profesor di Innovative University College (IUC) berkuat kuasa semalam menerangkan, pihaknya telah selesai membimbing secara intensif kira-kira 200 usahawan jutawan RichWorks dalam Inner Circle Meeting (ICM) di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Tambah beliau, pencapaian RichWorks pada tahun ini menyaksikan 114 perniagaan di bawah bimbingannya termasuk PTTI, LaFleur Beauty, Him Wellness, Destina1, The Raw dan Efferty mengalami pertumbuhan antara enam  hingga 2,368 peratus pada tahun ini berbanding 2023. 

Selain itu, lebih daripada 50 perniagaan berjaya mencapai jualan lebih RM10 juta setahun hingga RM500 juta setahun manakala jumlah jualan keseluruhan perniagaan dalam bimbingan Titanium meningkat dari RM2.3 bilion pada 2023 kepada RM2.6 bilion tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI