fbpx

Permata Seni bertaraf SKM, diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA peserta menjayakan Konsert Muzikal Permata Seni 2024 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Peserta yang terpilih bagi mengikuti program Permata Seni akan dianuge­rahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia, selain pem­belajaran mengenai seni dan budaya.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd. Amran Mohd. Haris berkata, selain daripada latihan berkala yang dilalui oleh semua pelajar, penganugerahan sijil dan diploma itu boleh menjamin masa depan setiap peserta.

“Kelebihan yang ada melalui program Permata Seni ini cukup menarik, pelajar memperoleh sijil dan diploma tersebut yang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

“Dengan adanya penganugerahan ini, peserta program Permata Seni ini ada kemudahan untuk memasuki universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada kursus dalam bidang seni.

“Dengan penganugerahan ini juga, masa depan mereka semakin terjamin dan yakin akan terus bersinar di luar sana nanti,” katanya kepada Kosmo! selepas Konsert Muzikal Permata Seni
2024 di Angkasapuri kelmarin.

Turut hadir menyaksikan konsert yang bertemakan ‘mensyu­kuri nikmat kedamaian’ yang memfokuskan isu kanak-kanak yang terlibat dalam peperangan di Palestin tersebut adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Tambah Mohd. Amran, seramai 168 pelajar telah terlibat secara langsung dalam program tersebut yang terdiri daripada anak-anak berusia tujuh hingga 17 tahun.

Ujar beliau, pelajar yang mengikuti program tersebut melibatkan tiga bidang iaitu tari, koir dan muzik. Kesemua pelajar itu juga mempunyai bakat luar biasa yang terpilih melalui sesi ujibakat.

“Jadi selepas mereka berjaya melepasi sesi uji bakat, mereka akan terpilih dalam program Permata Seni dan alhamdulillah, kita boleh melihat hasil dari latihan dan pembelajaran mereka selama ini,” katanya.

Terdahulu, program Permata Seni merupakan program khas di bawah tadbir urus KPM yang dilaksanakan JKKN dan Istana Budaya yang merangkumi tiga cabang iaitu koir, tari dan muzik bertujuan melahirkan insan seni yang menjadi pewaris legasi seni negara.

Program yang mula dilaksanakan pada 2010 itu menfokuskan kanak-kanak berbakat besar dan berpotensi tinggi berusia tujuh hingga 14 tahun akan diberi latihan dan pendedahan agar potensi, kebolehan serta bakat mereka dapat dikembangkan ke tahap lebih tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI