fbpx

GV11: Tercorot, Inka Christie peserta Indonesia pertama disingkirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INKA gagal melunaskan persembahan dengan sekali gus gagal mara ke konsert minggu kelima GV11.

SHAH ALAM – Penyanyi seberang, Inka Christie menjadi peserta kedua tersingkir pada konsert keempat Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menyanyikan lagu Warna nyanyian Datuk Sheila Majid, Inka atau nama sebenarnya Rinni Chries Hartono gagal menawan hati juri apabila menjadi peserta tercorot sekali gus gagal mendapat tempat di minggu kelima.

Meraih markah 53.40 peratus, Inka menjadi peserta Indonesia pertama diumumkan keluar mengucapkan terima kasih kepada peminat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang masih memberi sokongqn kepada saya. Sama ada peminat di Malaysia atau Indonesia.

“Saya sudah cuba yang terbaik, tetapi rezeki ternyata sampai di sini saja. Apa-apa pun terima kasih juga kepada juri yang banyak memberi nasihat,” katanya.

Sementara itu, dua bintang senegaranya iaitu The Lima dan Dadali Dyrga masih meneruskan perjuangan mereka di minggu seterusnya.

Pada konsert minggu keempat itu menyaksikan Ronnie Hussein dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama sementara di posisi kedua milik Dadali Dyrga manakala tempat ketiga, Liza Aziz.

Tema minggu kelima ialah GV Hadir iaitu persembahan duet bersama dengan bintang undangan.

Program GV11 dihoskan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sementara diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Yusof Haslam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI