fbpx

Hospital swasta sedia bantu kendali pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Fasiliti kesihatan swasta menyatakan kesediaan untuk berganding bahu bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk merawat pesakit Covid-19 di fasiliti  masing-masing.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, KKM akan mengadakan  perbincangan lanjut dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) serta  pemegang  lesen  hospital swasta lain di seluruh negara dalam masa terdekat.

“Saya berharap pemegang  taruh swasta  akan  dapat  mengutarakan segala persoalan dan  memanfaatkan sesi libat urus  tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan media berhubung pengurusan pesakit Covid-19 di hospital swasta sehingga perkara  itu menimbulkan  pelbagai  pertanyaan  dalam kalangan  sesetengah pemegang taruh di sektor swasta.

Noor Azmi berkata, beliau telah mempengerusikan  satu  perbincangan  awal  bersama  pihak APHM pada 13 Januari lalu dengan turut  dihadiri wakil KKM daripada pelbagai bahagian termasuk pakar  klinikal.

“Saya berpuas hati dengan hasil perbincangan dan semangat kolaborasi serta solidariti  yang  ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir dalam mesyuarat tersebut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI